TENTANG PENGANJUR

KOPERASI USAHAWAN MUDA PULAU PINANG BERHAD (KUMUDA)



Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) telah disahkan pendaftaran dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)  bernombor bil.  P-4-0398 pada 17 JUN 2009 berdasarkan kelulusan Mesyuarat Agung Permulaan pada 30 MEI 2009 di Dewan KUKAM, Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang, sebagai sebuah koperasi "perkhidmatan".

KUMUDA ditadbir oleh sebuah lembaga koperasi yang dianggotai oleh sepuluh (10) orang yang dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan bagi tempoh setahun yang mana seperdua (1/2) daripadanya akan diganti setiap tahun, dan setiap anggota yang dilantik akan gugur jawatan tak lebih daripada dua tahun. Anggota Lembaga yang gugur jawatannya bagaimanapun boleh dipilih semula melalui Mesyuarat Agung Tahunan.

SEJARAH & LATARBELAKANG
Idea penubuhan KUMUDA bermula melalui dialog anjuran Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (KUSPID-BP) yang turut disertai oleh YB Hj Muhammad Farid Saad, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tempatan pada bulan APRIL 2009 sebagai sesi penutup penganjuran seminar & bengkel Blog Bash 2009 (oleh KUS-PID Balik Pulau) pada bulan sebelumnya.

Mengambil contoh dari beberapa koperasi yang telah disokongtubuh oleh YB Farid seperti KOPEL & KUKAM, Tuan Hj Mohd Noor Yusuf dengan bantuselia oleh Puan Siti Huraizah Abdul Rahman selaku Pengurus Pusat Internet Desa Balik Pulau (PID-BP) & Setiausaha KUSPID-BP telah mengambil inisiatif untuk mendaftarkan sebuah koperasi baru untuk manfaat warga komuniti dengan cakupan aktiviti tidak terhad kepada bidang pelancongan atau perusahaan desa sahaja.

Keanggotaan KUMUDA terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bermastautin, mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi KUMUDA, yakni empat (4) buah daerah-daerah negeri Pulau Pinang :

1.     Timur Laut (TL),
2.     Barat Daya (BD),
3.     Seberang Perai Utara (SPU) dan;
4.     Seberang Perai Tengah (SPT).

Sepanjang setahun sejak tempoh penajaan bermula APRIL 2009 hinggalah 31 MAC 2010, KUMUDA telah menerima permohonan keanggotaan dari seramai 273 orang, dan telahpun mempunyai anggota bersaham penuh seramai lebih 70 orang. 

Fungsi utama KUMUDA ialah menawarkan perkhidmatan kepada komuniti khususnya anggota-anggotanya sendiri yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan usahawan-usahawan sosial dan komersil.
Sepanjang tahun pertama penubuhan, penggerak KUMUDA yang terdiri daripada anggota-anggota lembaga koperasi (ALK) dan barisan pembantu pengurusan yang terdiri daripada beberapa anggota dan staf telah mengadakan beberapa aktiviti penjenamaan dan pengenalan organisasi kepada masyarakat umum dan media.


SEJARAH RAKAN KERJASAMA SEMBANG SEMBANG UTARA
  •  4 Mei 2011,  - KUMUDA, DEWANITA, RIGHTS
  • 30 Jun 2011 - KUMUDA & DEWANITA, HOST PARTNER : School Of Management, USM
  • 30 September 2011 - KUMUDA, PANEL PENASIHAT, HOST PARTNER, PDC