Rabu, 20 April 2011

CEPAT DAFTAR!! TINGGAL HANYA 10 kerusi SAHAJA LAGI!!
















;;;

Jumaat, 15 April 2011

CADANGAN AGENDA PROGRAM SEMBANG-SEMBANNG

4 MEI 2011, di ANJUNG BUDI USM

(Seharusnya santai-santai dan rileks)

3.30 petang    :   Pendaftaran dan Pameran Video
                        Speednetworking
4.00 petang    :   Kata-kata Aluan, En. Nasir Sobri Penasihat Program Sembang-Sembang Utara dan Pengerusi 
                        Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad
                    :   Ucapan Aluan dari Puan Wani Wemel, Penasihat Program Sembang-Sembang Malaysia dan Program Global Entrepreneurship Week
                    :   Taklimat Dr. Sahadah binti Abdullah, Penyelaras Technopreneur UUM CAS
                         " Technopreneur Development in Malaysian IHL"
4.30 petang    :   DIALOG "INOVASIKAN PERNIAGAAN ANDA"


5.00 petang     :   Sesi Soal Jawab
5.30 petang     :   Hiburan
5.45 petang     :   Sesi bergambar dan rakaman video mengenai komen anda!!!
6.00 petang     :   Majlis Bersurai




***** Tertakluk kepada pada perubahan

___________________________________________________________________________________

Kenapa anda perlu hadir.........   Jom berkongsi untuk ketahui bagaimana anda boleh mengubah daya keusahawanan anda lebih berdaya maju dengan moderator dan panelist yang hebat. JOM SERTAI KAMI!!!!

                          

Jumaat, 8 April 2011

Hasil Dialog Keusahawanan Wanita - Kekangan Wanita Dalam Perniagaan


3.00 petang    :  Kata-kata Aluan Puan Farehan binti Dato' Faudzi Naim, Pengerusi Dewanita, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang

Puan Farehan mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang hadir dan amat berbangga menjadi hos kepada  wakil-wakil berkepentingan dari pihak kerajaan, badan bukan kerajaan, wakil pendidikan dan wakil swasta dalam menjayakan Dialog Keusahawanan Muda - Kekangan Wanita Dalam Perniagaan. Beliau amat berharap Dialog ini akan mengemukakan resolosi penyelesaian kepada masalah ini dan seterusnya memberi inspirasi kepada usahawan wanita berdaya maju.

3.05 petang    :  Kata-kata Aluan En. Nasir Sobri, Penasihat Program Sembang-sembang merangkap Pengerusi KUMUDA

Beliau mengucapkan terima kasih kepada majlis kerana sudi memberi peluang kepada beliau untuk memberi sepatah dua kata walaupun dirinya tidak wanita. Baginya, ini adalah kali pertama beliau menganjurkan program yang melibatkan wanita dan menyerahkan kepimpinan kepada 3 wanita muda yang terdiri daripada KUMUDA, DEWANITA dan RIGHTS untuk mengerakkan program sebegini. Katanya lagi, program ini sudahpun dilaksanakan di seluruh Malaysia kecuali di sebelah utara. Program ini adalah dirangka oleh Kedutaan US dan Warisan Global sempena menyokong Program Global Entrepreneurship Week setiap Disember. Beliau berharap program pra-acara mendapat sokongan dari para hadirin untuk menjayakan program SEMBANG SEMBANG sebenar pada 4 Mei 2011.

3.10 petang Ucapan Cik Yuslinov Ahmad, Naib Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang
Saya berasa begitu berterima kasih kerana diajak untuk bersama-sama menjayakan program ini kerana saya berasa Dialog ini menyentuh dengan kerjaya saya sebagai peguam di mana mendapat aduan dari para wanita mengenai kekangan-kekangan yang dihadapi oleh mereka. Saya amat berharap, agar Majlis Dialog ini kita dapat bersama-sama mengupas kekangan yang dihadapi oleh mereka dan mencari jalan penyelesaiannya.

3.15 petang - Dialog Kekangan Wanita - Kekangan Wanita Dalam Perniagaan

Dialog dikendalikan oleh Puan Zurilailil Ishak, Ketua Eksekutif RIGHTS KEDAH BERHAD.

Pn. Laili :  Saya ingin bertanya, dalam bidang keusahawan ini, apakah bidang yang sesuai untuk kaum wanita sebenarnya.

En. Akhbar, FAMA : Sebenarnya wanita sesuai dalam mana-mana bidang keusahawanan pun malah saya suka berinteraksi dengan mereka kerana kesungguhan dan kerajinan mereka.  Wanita sesuai untuk menjadi usahawan dalam bidang yang memotivasikan diri mereka sebenarnya. Misalnya, di dalam FAMA sendiri, sebanyak 65% wanita  telah merujuk kepada FAMA tentang bidang pemasaran.

Pn. Nani, RIGHS PERAK : Para wanita tidak semestinya terhad kepada kemahiran wanita seperti memasak dan kosmetik misalnya, yang sememangnya sinonim dengan wanita. Saya sendiri terlibat dengan perabot jalan raya di mana saya mempunyai pengalaman dalam Jabatan Kerja Raya sekian lama dan bertindak memulakan perniagaan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Walaupun saya juga menpunyai minat memasak tetapi tidak semenstinya saya perlu membuka restoran tetapi para wanita boleh menceburi bidang lelaki asalkan ada minat dan mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tersebut.

Pn. Lili : Sudah jelaslah bahawa wanita mempunyai semangat yang kuat dan gigih tapi mempunyai masalah dari segi komitmen keluarga.

Puan Shaja, Smart Kids Reader : Seperti mana wanita yang bekerja, usahawan bolehlah juga menghantar kepada nurseri untuk dijaga. Walaupun begitu, ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak dengan memantau pendidikan anak tidak kira sesibuk manapun ibu bapa.

Datin Liza, Puspanita : Saya rasa, banyak juga pejabat-pejabat kerajaan dan swasta yang menyediakan nurseri untuk ibu bapa yang bekerja. Saya rasa isu ini tidak begitu menjadi isu yang besar.

Puan Shidah, Women@RIGHTS : Saya rasa bagi usahawan wanita  yang sudah stabil dan para wanita yang bekerja tidak menjadi isu besar dengan komitmen anak. Tapi yang menjadi masalah ialah, kepada para wanita yang perlu memulakan perniagaan dan tiada modal walaupun sedikit untuk penjagaan anak. Isu ini yang perlu dikupas sebenarnya.

Pn. Lili :  Terima Kasih. Nampaknya kita ada isu menarik untuk dikupas iaitu isi modal. Apakah yang sepatutnya wanita perlu lakukan untuk mengatasi masalah ini?

Puan Dasweena, Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai :
Bagi saya, para wanita yang memulakan perniagaan perlu menilai diri sendiri adakah beliau berminat untuk menjadi peniaga atau usahawan. Sekiranya peniaga, contohnya menjual nasi lemak dari sekian harga maka tentu jualannya perlu lebih supaya menjamin beliau mendapatkan untung. Begitulah seharian tugas peniaga, di mana mengfokuskan keuntungan. Manakala usahawan pula berbeza, di mana beliau perlu mencari kreatif di mana beliau menhasilkan satu inovasi kepada perusahaanya. Bagi saya, usahawan yang bijak hanya perlu bermula dengan modal RM 0 sahaja dan isu modal tidak begitu menjadi persoalan.

Datin Liza, Puspanita : Tentang komitmen rumahtangga tidak patut dijadikan alasan semata-mata, kerana apa yang penting para wanita perlu bijak mengatur masa dengan kerjaya, komitmen pada suami dan anak-anak, serta tidak lupa kepada amal ibadat. Apa yang penting kesederhanan amat penting untuk mengimbangi rutin seorang wanita.

Hajjah Faridah, Rumah Nur : Bagi pandangan saya, wanita yang kamisering mendapat aduan ialah sikap suami. Sikap suami mempunyai 2 kategori iaitu "Lelaki Senang Kira" dan "Lelaki Susah Nak Kita". (majlis ketawa). Sebenarnya mendidik suami lagi sukar mendidik wanita kerana cukup sukar mengajak mereka ke majlis-majlis ilmu. Berbezalah jika mengajak ceramah politik, wah wah wah cukup bersuara lantang (majlis tersenyum). Isu yang ingin kupas juga, lelaki juga perlu berubah sikap di mana lebih memahami kehendak isteri ataupun lebih baik jika bersama-sama suami isteri bekerjasama mengusahakan sesuatu perniagaan.

Puan Zurilali Ishak : Ooo... apa kata kita tanya suami isteri yang ada di dalam majlis ini. Mr. Toh adalah juga seorang peniaga dan beristerikan Mrs Toh yang mengusaha Smart Reader Kids di Kulim.

Mr. Toh :  Bagi saya, selaku seorang suami kepada isteri yang juga berniaga tidaklah terlalu sukar kerana saya juga berniaga. Kami saling bantu membantu sesama sendiri tidak kira masalah perniagaan mahupun masalah rumahtangga. Misalnya, beliau mempunyai kekangan dari segi pemasaran dan perhubungan korporat. Jadi, saya akan membantu beliau untuk mengatasi kekangan ini. Begitu juga isteri saya, yang memantau segala perekodan di pejabat perniagaan saya lebih kemas dan teratur. Apa yang penting, suami isteri perlu bekerjasama dan menyokong sesama sendiri untuk menjayakan perniagaan yang diusahakan.

Puan Zurilaili : Itu dari segi isu kekangan rumahtangga. Bagaimana pula usahawan wanita perlu menghadapi masalah modal dan pemasaran.

En. Haris Fadzlah, Presiden The RIGHTS :  Pada pandangan saya, usahawan wanita mampu mengeluarkan produk tetapi agak lemah dalam pemasaran. Manakala para wanita, juga mempunyai kekangan seperti mendapatkan dana dari pihak kerajaan. Kami cuba membantu, tapi gagal mendapatkan pangkalan data usahawan dari pihak kerajaan.

Pn. Ija, Pusat Internet Desa : Berdasarkan pengalaman saya selaku pengurus telecenter, para usahawan perlu tahu apakah kehendak beliau dalam perniagaannya. Mereka perlu membuat sedikit kajian dan penyelidikan tentang sumber-sumber yang diperlukan. Di zaman ini, maklumat hanya di hujung jari di mana para peniaga perlu mencari maklumat di internet 'google', menelefon ke pejabat kerajaan sebelum membuang masa ke tempat-tempat yang tidak berkaitan dengan fungsinya.

Puan Norizan, Usahawan: Bagi saya, usahawan wanita tidak boleh menyalahkan kerajaan semata-mata. Ini adalah kerana faktor diri sendiri di mana beliau perlu berusaha dan menunjukkan kesungguhan kepada pihak kerajaan dalam mengusakan sesuatu. Alhamdulilah, setakat ini perusahaan saya memang banyak dibantu oleh pihak kerajaan.

Puan Zurilaili : Oooo... ya, bercakap tentang ICT, saya dengar pihak ITU-UUM juga sedang membangunkan portal untuk menghubungkan para usahawan dengan jabatan-jabatan yang berkaitan.

En. Khairul Munawar, ITU-UUM : Terima kasih Puan Pengerusi. Pertama sekali saya ingin perkenalkan diri. Saya Khairul Munawwar dari ITU-UUM, sebuah institut di Universiti Utara Malaysia. Di UUM sendiri, kami amat menekankan konsep keusahawanan kepada pelajar-pelajar di mana semua orang tahu bahawa prospeks kerjaya dalam keusahawanan amat luas dan diperlukan ketika ini.

Berbalik kepada soalan puan pengerusi tadi, ya… kami sedang dalam perancangan untuk membangunkan portal tersebut dengan kerjasama The Rights dan NGO2 lain. Saya percaya portal2 berkenaan usahawan telah sedia ada di laman web agensi2 yang berkenaan, seperti MARA, FAMA, MARDI, kementerian dan lain2. Apa yang kami boleh lakukan adalah memusatkan semua data ini dalam satu portal yang boleh diakses oleh semua usahawan seluruh Negara. Portal ini akan digunakan untuk memasarkan produk dan memperkenalkan aktiviti perniagaan yang dijalankan.


En. Saidin, PERDA : Jika bercakap berkenaan portal, pihak kerajaan juga sudahpun mempunyai portal sendiri dan saya rasa tidak ada masalah dari segi situ. Isunya sekarang, ialah para usahawan wanita  terutamanya yang agak berumur tidak mahir menggunakan ICT tersebut.

En. Jimmie, Team Penang : Itulah soalnya, di mana para usahawan perlu didedahkan juga sedikit pemasaran melalui talian. Jika sudah mahir, mereka akan berasa sangat mudah tambahan seorang wanita yang mempunyai pelbagai kekangan hanya perlu berada di depan PC untuk membuat pemasaran.

Puan Zurilaili : Ya, saya menyokong  kata-kata En. Jimmie dan En. Khairul sebab sebelun ini pun kita ada berkerjasama dalam Program 'Mulakanan Bisnes Anda Dengan ICT' (MBAict). Alhamdulilah, usahawan di bawah bimbingan saya yang tidak mahir ICT kini pun produk rempah kari sehingga ke Johor dan Sabah Sarawak dengan hanya menggunakan peralatan ICT.























Jumaat, 1 April 2011

Dialog Keusahawanan Wanita (Pra-Acara Sembang-sembang Utara)

DIALOG KEUSAHAWAN WANITA - KEKANGAN WANITA DALAM DUNIA PERNIAGAAN

Benarkah Wanita Punya Banyak kekangan seperti :

- Komitmen dengan keluarga dan rumahtangga
- Tatasusila dan kebudayaan
- Keupayaan fizikal dan kesihatan- Diskriminisi gender dalam organisasi
- Dan pelbagai lagi kekangan yang tidak dapat digambarkan.............

Tapi benarlah pepatah mengatakan, JANGAN PANDANG WANITA YANG MENGHAYUN BUAIAN TIDAK MAMPU MENGEGARKAN DUNIA!!! tetapi wanita bagaimanakah yang mampu mengegarkan dunia.......

JOM KITA KUPAS ISU INI!!!
dan lihat apa keupayaan sebenar wanita dan cuba memperbincangkan resolusi kebangkitan wanita dalam dunia perniagaan.

JANGAN SEGAN2.... Menghadirkan diri di Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bersama pengerak usahawan wanita pada 7 April 2011, 2.30 petang. Tempat adalah terhad kepada 35 orang peserta sahaja. Ianya PERCUMA!!

BUKTIKAN!!! JANGAN PANDANG AKU HANYA KERANA AKU WANITA..HAHA!!
~Anita Sarawak..

Sasaran Penyertaan
_________________


1. Dewanita, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang
2. The RIGHTS Utara
3. KUMUDA - Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad
4. KUS - Kelab Usahawan Sosial
5. Puspanita - Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia
6. Usahanita – Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia
7. AWAM – All Women's Action Society Malaysia
8. NAWEM – National Association of Women Entrepreneur of Malaysia
9. WENA - Association of Bumiputera Women Entrepreneur Network of Malaysia
10. Jabatan Pembangunan Wanita - Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KEUNITA - Tambahan) Pulau Pinang
11. PPIM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia
12. PCCC - Penang Chinese Chamber of Commerce
13. MICCI - The Malaysian Indian Chamber of Commerce and Industry, Penang
14. PiE- The Penang Indian Entrepreneurs & Professionals
15. PPSEAWA - Pan Pacific Southeast Asia Women’s Association, Penang
16. Women Connect (www.womenconnect.com.my)
17. Rumah Nur, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.
18. Persatuan IBU WAJA
19. BAKTI
20. ITU-UUM ASP CoE For Rural ICT Development
21. Program Pembangunan Usahawan Bumiputera , MSC Malaysia
22. Organisasi Swasta
23. Anda yang membaca ruangan ini...... ;p

 Dialog Keusahawanan Muda, November 2010 di Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang




 Untuk Pendaftaran, Sila isi borang di bawah :