Jumaat, 21 Disember 2012
Rabu, 5 Disember 2012
Transformasi Usahanita
Para ahli panel bersama jawatankuasa penganjur dan sebahagian peserta Muah #5 |
Sesi Muah! ke-5 yang diadakan baru-baru ini menerima penyertaan paling ramai, melebihi 100 orang, sejak pertama kali diadakan pada bulan Mei tahun lalu. Seperti sesi-sesi lalu, lokasi yang dipilih adalah berkonsepkan santai, dan kali ini sebuah restoran yang diusahakan oleh seorang usahawan wanita dipilih - Mahi! Mahi! di Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas.
Platform untuk usahawan berbincang dan membina rangkaian |
- YB Sr. Hj Muhamad Farid Saad selaku Pengerusi Kumpulan Sasar Pembangunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang dan juga Penasihat KUMUDA (kerajaan/NGO)
- Prof Madya Datin Dr Norizan Abdul Razak selaku Presiden Persatuan e-Usahawan Wanita Malaysia (EWA) dan juga mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (NGO/akademik)
- Pn. Faudziah Mohd Amin mewakili Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (kerajaan)
- Pn. Ferial Makarin selaku usahawan
YB Farid
Selaku seorang yang berpengalaman dan bidang keusahawan sendiri sebelum menyertai politik sepenuh masa sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bermula tahun 2004, beliau terus menyumbang kepada pembangunan keusahawanan melalui platform Kumpulan Sasar Pembangunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang. Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, banyak juga terlibat dalam program-program anjuran JPM berkaitan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
YB Farid berkongsi maklumat tentang peluang-peluang untuk usahawan melibatkan diri dengan sebanyak 50 agensi-agensi kerajaan sedia ada yang menyediakan khidmat perundingan mahupun pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan. Beliau menyentuh tentang perlunya transformasi usahawan wanita dengan menyertai lebih banyak bidang-bidang bukan tradisional termasuk kejuruteraan, teknologi, logistik, pertanian, pendidkan dan sebagainya, tidak hanya terhad kepada pembuatan makanan dan khidmat kecantikan.
Prof Madya Dr Norizan
Padat... peluang berjumpa ramai rakan pada sesuatu masa |
Dr Norizan melibatkan diri dalam pembangunan keusahawanan dalam kedua-dua arena akademik dan NGO termasuk dalam program inkubator usahawan dan pemerkasaan usahawan wanita secara rangkaian. Beliau berkongsi pengalaman perkembangan beberapa usahawan di bawah seliaan beliau, dan penggunaan teknologi maklumat untuk pembelajaran dan aktiviti perdagangan.
Beliau juga menyentuh kepentingan memahirkan diri dalam bahasa-bahasa lain untuk memperluas perangkaian, tidak terhad kepada bahasa Ibunda sahaja, untuk kedua-dua pemasaran dalam dan luar negara.
Puan Faudziah
Puan Faudziah banyak terlibat dalam pembangunan usahawan desa program-program merapatkan jurang digital. Platform Pusat Internet Desa (PID) misalnya yang terdapat di 42 lokasi di seluruh negara dan ratusan Pusat Jalur Lebar (CBC) menyediakan kemudahan untuk usahawan desa memahirkan diri setaraf dengan usahawan bandar. Beliau berkongsi beberapa contoh usahawan yang memaksimakan kemudahan-kemudahan ini memasarkan produk tradisional seperti kopi dan kuih ke seluruh negara malah ke luar negara juga melalui Kelab Usahawan Sosial, iaitu sebuah Program Transformasi PID yang diasaskan pada tahun 2008.
Puan Ferial
Transformasi bukan asing bagi Puan Ferial yang berasal dari Jakarta Indonesia, dan bertemu jodoh dengan jejaka Malaysia, juga melalui Internet. Banyak perubahan perlu dilaksanakan apabila berhijrah ke Malaysia, memulakan perniagaan beliau dalam pengedaran produk kecantikan Dr. K, membina rangkaian dengan pelbagai bangsa, bukan hanya seagama dan sebahasa.
Puan Ferial banyak menggunakan Internet terutamanya media sosial Facebook untuk meluaskan pasaran dan membina sebanyak mungkin rangkaian baharu - bakal pelanggan dan pengedar juga.
Khimat perundingan dan promosi |
Sambil menikmati juadah Steamboat kali ini, para hadirin dapat bertukar-tukar fikiran mahupun mengambil kesempatan mempromosikan perniagaan masing-masing. Insya Allah, dengan data dan maklumbalas dari para peserta, beberapa program pembangunan usahawan wanita akan dirangka untuk pelaksanaan seawal Januari 2013 nanti.
Terima Kasih semua! Muah!!
Utusan Malaysia: Utara |
Kosmo |
Jumaat, 23 November 2012
Sabtu, 10 November 2012
Isnin, 2 Julai 2012
Isnin, 6 Februari 2012
Langgan:
Catatan (Atom)