Selasa, 2 September 2014

MUAH 12 - Peningkatan Kemahiran Untuk Usahawan

Mentor Pilihan :
  • Y.B. Sr. Hj. Muhamad Farid Bin Hj Saad, Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang.
  • En. Norsiden Bin Ahmad. Ketua Unit Pembangunan Usahawan (BPU), Majlis Amanah Raya (MARA)
  • Puan Zurilaili Ishak, Perunding Kanan Biz Consultancy & Services (BizCS)
  • En. Wan Azwade Bin Tn. Hj. Ahmad, Pengurus Azwade Design dan Pengurus Amoeorganik




Menu Pilihan :
Sate, Donut, Aiskrim, Soya dan lain-lain.
Kami mengalu-alukan penajaan dan sumbangan makanan. Terima Kasih.


Lokasi :

Politeknik Seberang Perai


Isnin, 10 Mac 2014

Jom Borong dengan Steamboat @ Route Cafe 69

Jom belajar memborong!!

Apa yang difikirkan oleh anda??  Tentang ILMU, KOS dan MENTOR! Itu sudah kami fikirkan untuk anda.

Baca ini!!

Selain konsep belajar secara santai-santai tapi PADAT!!

Kita juga mengamalkan konsep "KAWAN-KAWAN & MAKAN-MAKAN"
Nah apa yang ada Route Cafe 69!!  STEAMBOAT ISTIMEWA!!!















ATUCARA


2.30 ptg        Pendaftaran
                       Tayangan Video & Muzik
                       Demo Usahawan
                       Sidang Media
3.30 ptg Sesi ‘M.U.A.H’ – Meet. Unite. Accelerate. Help
4.30 ptg Sesi Soal Jawab
4.45 ptg Sesi Bergambar

5.00 ptg Majlis Bersurai& Sesi Rangkaian





Selasa, 14 Januari 2014

MUAH ke 9 @ Mama Home Delight - Usahanita & Pemasaran

Jom nikmati Pizza lazat dari Mama Home Delight sambil berbual santai bersama MENTOR PILIHAN!!

Muah!! Muah!! Muahlicious... Nyummie...

Cadangan Mentor akan kita bawa kali ini (tengah ajak nie) :
  1. Y.B. Sr. Hj. Muhamad Farid Hj. Saad - ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang) Kawasan Pulau Betong merangkap Pengerusi Kumpulan Sasar Pembangunan Usahawan Bumiputera dan Koperasi Pulau Pinang, Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Jabatan Perdana Menteri (BPPP-JPM)
  2. YBhg. Dato’ Mohd Noor Kamaludin - Pengerusi TechBiz Penang & Pengarah Urusan PCA (Penang Cluster Alliance Sdn Bhd)
  3. Prof Dr. Wan Rozaini Sheik Osman - Universiti Utara Malaysia (bekas Pengarah Asia Pacific Center of Excellence for Rural ICT Development, International Telecommunications Union - ITU-UUM)
  4. Pn. Faudziah Mohd. Amin, Ketua Penolong Setiausaha KKMM (Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia)
  5. Dr. Azlina Ahmad - Pengerusi MAJES (Persatuan Usahawan Muda Bestari Malaysia)
  6. Puan Nitra Sari Binti Omar - Pegawai Perhubungan Luar MYNEF (Yayasan Usahawan Baru)
  7. En. Zunaidi Raziqin - Timbalan Pengarah, FAMA Pulau Pinang
  8. Pn. Noraini Othman - Pengerusi Dewanita, DPMMPP (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang)
  9. En. Nasir Sobri - Pengerusi NEF Penang (Persatuan Usahawan & Industri ICT Bumiputera Malaysia - Pulau Pinang) merangkap Presiden Bersama Bizclub Malaysia

Dan para usahawan bekas ahli-ahli panel sebelum ini, serta anda!!

Fuyoooo!! Contact business banyak tue!! dan alamak hanya 30 tempat sahaja yang tinggal...   huhu!! 
Cepat daftar sis!!

   Fact Sheet Muah 9

Panel MUAH 9 @ Bayan Baru


Lokasi kami di sini :



Lihat Peta yang Lebih Besar

Pesanan Rakan Tajaan :

Dapatkan Cabutan Bertuah Istimewa dari PURTIER. Bernilai ribuan ringgit.


Like FB Page : https://www.facebook.com/worldpurtier?fref=ts

==========================================================

Hanya Door Gift terpilih sahaja akan menerima :


Tapi ikhlas cakap. Pakai benda nie macam pakai foundation. ADMIN dah pakai setahun tak habis2 lagi. Bila pakai mesti orang puji kulit muka.. hihihi!

Boleh la tanya Kak Ferial di FB Group di https://www.facebook.com/groups/ferimakarim
Jangan Lupa LIKE di sini https://www.facebook.com/DISTRIBUTORDrKSKINCAREFerialMakarim 

Selasa, 8 Januari 2013

M.U.A.H @ PIHEC @ PISA ! ! ! !

Kami kembali lagi dengan tema Muslimah! Kali ini di berlangsung seperti berikut :
Jom join kami dan ketahui "Halal Haram dalam Urusan Perniagaan. Daftar di bawah ini yer. Terima Kasih.


Fact Sheet MUAH@PIHEC@PISA by sitihuraizah

PANEL M.U.A.H@PIHEC by sitihuraizah

Rabu, 5 Disember 2012

Transformasi Usahanita

Para ahli panel bersama jawatankuasa penganjur dan sebahagian peserta Muah #5



Sesi Muah! ke-5 yang diadakan baru-baru ini  menerima penyertaan paling ramai, melebihi 100 orang, sejak pertama kali diadakan pada bulan Mei tahun lalu.  Seperti sesi-sesi lalu, lokasi yang dipilih adalah berkonsepkan santai, dan kali ini sebuah restoran yang diusahakan oleh seorang usahawan wanita dipilih - Mahi! Mahi! di Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas.

Platform untuk usahawan berbincang dan membina rangkaian
Topik yang dibincangkan kali ini berkisar tentang Transformasi Usahawan Wanita, membawakan panel-panel dari kesemua kuadran pembangunan masyarakat - kerajaan, akademik, NGO, dan usahawan sendiri:
  • YB Sr. Hj Muhamad Farid Saad selaku Pengerusi Kumpulan Sasar Pembangunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang dan juga Penasihat KUMUDA (kerajaan/NGO)
  • Prof Madya Datin Dr Norizan Abdul Razak selaku Presiden Persatuan e-Usahawan Wanita Malaysia (EWA) dan juga mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (NGO/akademik)
  • Pn. Faudziah Mohd Amin mewakili Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (kerajaan)
  • Pn. Ferial Makarin selaku usahawan 

YB Farid 

Selaku seorang yang berpengalaman dan bidang keusahawan sendiri sebelum menyertai politik sepenuh masa sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bermula tahun 2004, beliau terus menyumbang kepada pembangunan keusahawanan melalui platform Kumpulan Sasar Pembangunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang.  Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, banyak juga terlibat dalam program-program anjuran JPM berkaitan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

YB Farid berkongsi maklumat tentang peluang-peluang untuk usahawan melibatkan diri dengan sebanyak 50 agensi-agensi kerajaan sedia ada yang menyediakan khidmat perundingan mahupun pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan.  Beliau menyentuh tentang perlunya transformasi usahawan wanita dengan menyertai lebih banyak bidang-bidang bukan tradisional termasuk kejuruteraan, teknologi, logistik, pertanian, pendidkan dan sebagainya, tidak hanya terhad kepada pembuatan makanan dan khidmat kecantikan.

Prof Madya Dr Norizan
Padat... peluang berjumpa ramai rakan pada sesuatu masa

Dr Norizan melibatkan diri dalam pembangunan keusahawanan dalam kedua-dua arena akademik dan NGO termasuk dalam program inkubator usahawan dan pemerkasaan usahawan wanita secara rangkaian.   Beliau berkongsi pengalaman perkembangan beberapa usahawan di bawah seliaan beliau, dan penggunaan teknologi maklumat untuk pembelajaran dan aktiviti perdagangan.

Beliau juga menyentuh kepentingan memahirkan diri dalam bahasa-bahasa lain untuk memperluas perangkaian, tidak terhad kepada bahasa Ibunda sahaja, untuk kedua-dua pemasaran dalam dan luar negara.

Puan Faudziah 

Puan Faudziah banyak terlibat dalam pembangunan usahawan desa program-program merapatkan jurang digital. Platform Pusat Internet Desa (PID) misalnya yang terdapat di 42 lokasi di seluruh negara dan ratusan Pusat Jalur Lebar (CBC) menyediakan kemudahan untuk usahawan desa memahirkan diri setaraf dengan usahawan bandar.   Beliau berkongsi beberapa contoh usahawan yang memaksimakan kemudahan-kemudahan ini memasarkan produk tradisional seperti kopi dan kuih ke seluruh negara malah ke luar negara juga melalui Kelab Usahawan Sosial, iaitu sebuah Program Transformasi PID yang diasaskan pada tahun 2008.

Puan Ferial

Transformasi bukan asing bagi Puan Ferial yang berasal dari Jakarta Indonesia, dan bertemu jodoh dengan jejaka Malaysia, juga melalui Internet.  Banyak perubahan perlu dilaksanakan apabila berhijrah ke Malaysia, memulakan perniagaan beliau dalam pengedaran produk kecantikan Dr. K, membina rangkaian dengan pelbagai bangsa, bukan hanya seagama dan sebahasa. 

Puan Ferial banyak menggunakan Internet terutamanya media sosial Facebook untuk meluaskan pasaran dan membina sebanyak mungkin rangkaian baharu - bakal pelanggan dan pengedar juga.

Khimat perundingan dan promosi
Sesi Forum ringkas Tranformasi Usahanita dimoderasikan buat pertama kali oleh Saudara Nasir mewakili KUMUDA.  Lebh 40% peserta sesi kali ini terdiri daripada kalangan pemilik perniagaan, dan lebih 25% pula terlibat dalam aktiviti-aktiviti perniagaan secara separuh masa atau bersama organisasi majikan. Penaja program termasuklah Penang Development Corporation (PDC) dan Kolej Komuniti Jerai yang turut membawa sepuluh orang pelajar dari Guar Chempedak, Kedah.


Sambil menikmati juadah Steamboat kali ini, para hadirin dapat bertukar-tukar fikiran mahupun mengambil kesempatan mempromosikan perniagaan masing-masing.  Insya Allah, dengan data dan maklumbalas dari para peserta, beberapa program pembangunan usahawan wanita akan dirangka untuk pelaksanaan seawal Januari 2013 nanti.

Terima Kasih semua! Muah!!


Utusan Malaysia: Utara
Kosmo

Isnin, 6 Februari 2012

Pendaftaran MUAH! dibuka sekarang



Isnin, 17 Oktober 2011

Pengumpulan Produk Pengusaha IKS

Salam, kami sedang berusaha untuk mengumpul data-data produk yang berpotensi untuk dipasarkan kepada 30 i-mart, MYDIN, SUNSHINE, FAMA dan lain-lain. Untuk membantu usaha itu, di minta rakan-rakan pengusaha IKS untuk mengisi borang di bawah untuk memudahkan kami membuat pembentangan tentang ajakan kerjasama pengumpulan dan produk-produk usahawan.

* Bagi setiap produk berbeza, anda boleh mengisi semula seberapa banyak yang anda mahu..